PENYANYI Datuk Nora Ariffin menegur tindakan segelintir netizen yang seronok melihat pasangan bercerai sehingga menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan di media sosial. Kata Nora, tindakan mereka mempersendakan pasangan memilih untuk berpisah itu adalah tidak wajar kerana setiap orang berdepan pelbagai ujian dalam perkahwinan. "Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar," katanya. Nora berkongsi luahan di Instastory miliknya. Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Selasa. Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini turut memberitahu setiap yang berlaku adalah takdir ditentukan oleh Allah SWT dan manusia tidak tahu bagaimana nasib mereka satu hari nanti. "Kita juga tidak tahu perancangan Allah dan nasib kita di kemudian hari," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 3 tahun berakhir, Nora Ariffin kongsi video suami lafaz cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video dicerai bekas suami, niat Nora Ariffin mahu dedah bukan lagi isteri orang Pada 12 Ogos lalu, suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli menceraikannya dengan talak satu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 52 saat. Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suami dan memaklumkan penceraian itu bukanlah atas kehendak suaminya sebaliknya mengikut arahan seseorang. Untuk rekod, Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga pada 2021. Sebelum itu, Nora berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!