suria

Sedar bakatnya dipandang sebelah mata, ‘Hellooo’ suara hati Dafi sedekad bergelar penyanyi 

Lagu baharu Dafi jadi pengubat rindu buat peminat.

LEBIH sedekad mengorak langkah dalam dunia seni, pelbagai cabaran telah dilalui oleh penyanyi Dafi yang mula mencipta nama menerusi program Akademi Fantasia musim kelima.

Membuktikan minatnya tidak pernah terpadam, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 36, kini tampil dengan lagu baharu berjudul Hellooo yang menjadi tanda masih kekal aktif dalam industri.

Kata Dafi walaupun kelibatnya jarang mendapat perhatian atau pengiktirafan namun ia bukan alasan untuk menyerah kalah.

dafi 2

Dafi kini lebih matang dalam muzik.

"Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak diinginkan namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.

"Sebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat dalam meneruskan kerjaya dicintai ini.

"Lagu ini merupakan suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi tak minat main politik, jadi mangsa netizen lepas geram... Tapi ada juga yang ‘himpit’ sebab anak PM

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi anak PM bukan tiket mudah buat Dafi, tak terlintas guna keistimewaan bapa

Tambahnya tajuk lagu ciptaan Shazee Ishak dan hasil lirik Altimet ini juga pemulaan yang sangat dinantikan selepas lama menanti waktu sesuai kembali aktif.

Biarpun sedikit terkilan, namun Dafi melihat kelewatan lagu ini dilancarkan bukan masalah untuk dia kembali memikat hati peminat.

"Sudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.

Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian

DAFI

PENYANYI

"Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu.

"Sekarang adalah masa terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak," ujarnya.

Bercakap lanjut, Dafi kini lebih matang dan berani dalam mencuba muzik baharu sesuai dengan permintaan semasa.

dafi 3

Dafi tidak pernah putus semangat untuk berkarya.

Pastinya kemunculan lagu kali ini diharapkan mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat.

"Saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.

"Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga aura positif," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain