suria

Ibu sifatkan kekasih Nidza Afham tinggi budi pekerti, puji tindakan pantas Hazmiera kesan telefon arwah

Ibu Nidza meluahkan penghargaan atas bantuan kekasih anaknya itu.

TANPA bantuan teman wanita Allahyarham Nidza Afham, pihak keluarga berkemungkinan berdepan kesukaran menjejaki keberadaan penyanyi berkenaan yang ditemukan maut pada Rabu lalu.

Ibu arwah iaitu Irni Yusmira Istihat turut memuji tindakan pantas teman wanita anaknya, Hazmiera Amrisya yang berjaya menjejaki lokasi terakhir Nidza menerusi telefonnya.

"Saya berterima kasih kepada Miera. Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus.

Copy of Untitled - 2024-08-19T144523.812

Irni berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

"Andai kata lewat, jika telefon sudah tidak dengar nada dering dan tidak dapat kesan lokasinya," katanya.

Irni berkongsi perkara itu menerusi sesi seaiara langsung di aplikasi TikTok pada Isnin.

Dalam pada itu, Irni menyifatkan pertemuan arwah Nidza bersama Hazmiera sebagai ketentuan Ilahi.

Malah Irni menyifatkan wanita berkenaan sebagai yang mempunyai budi pekerti tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih akhirnya tampil bersuara, sifatkan Nidza Afham teman lelaki setia dan penyayang... Sukar ‘move on’ tapi percaya masa mengubati

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Nidza Afham jadi bahan gurauan, keluarga kecewa sikap tak sensitif segelintir pihak

"Allah takdirkan Afham bertemu dengan Miera, seorang yang sangat baik budi pekertinya.

"Bayangkan kalau tidak, mungkin tidak tahu nak cari di mana lokasi terakhir Afham," ujarnya.

Untuk rekod, Hazmiera merupakan individu terakhir mengesan lokasi terakhir menerusi telefon arwah sebelum dilaporkan hilang pada malam 13 Ogos lalu.

Miera kemudiannya memaklumkan kehilangan Nidza kepada keluarganya sebelum Berjaya menjejak telefon serta dompet milik arwah di sekitar jambatan Sungai Klang.

Copy of Untitled - 2024-08-19T123819.432

Irni menyifatkan pertemuan Hazmiera dan Nidza sebagai ketentuan Ilahi.

Mayat Nidza ditemui di Kawasan berkenaan pada sekitar 7 malam hari Rabu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira 6.45 petang.

Laporan polis menyebut kematian Nidza dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain