KETIKA namanya semakin dikenali di Malaysia, ada mula menuduh personaliti media sosial asal Korea Selatan Maryam You Narae bersikap sombong dengan peminat. Tampil mempertahankan diri, Maryam, 31, berkata, sebagai figura dikenali dia sudah mencuba sedaya upaya memberi layanan yang baik setiap kali disapa peminat. "Saya anggap netizen bosan, tak ada kerja itu yang cari orang untuk dikecam. "Memang ada peminat tegur kalau saya sedang makan atau beli-belah dan saya akan sentiasa layan kalau tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Maryam mengutamakan keselamatan anak perempuannya berbanding perkara lain. "Ada yang nak ambil gambar atau menyapa saya memang akan layan," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Maryam berkata, ada pihak mungkin menganggap dia sombong apabila terserempak dia berjalan berdua dengan anak perempuannya iaitu Rina tanpa ditemani sesiapa. Jelas Maryam, jika mereka keluar berdua sebagai ibu dia akan lebih berhati-hati untuk mengawasi anaknya dan kurang memberi perhatian kepada perkara lain. "Kalau saya terlalu fokos dengan peminat dan tiba-tiba anak saya hilang, siapa nak bertanggungjawab? ARTIKEL BERKAITAN: Percutian ke London ada hikmah, Maryam akhirnya jumpa al-Quran terjemahan bahasa Korea ARTIKEL BERKAITAN: Maryam tak perasan suara Ryzal dalam video, sudah tegur lawak ‘double meaning’ "Tapi kalau dalam situasi macam itu mereka fikir saya sombong, saya tidak boleh komen apa-apa," katanya. Maryam bagaimanapun tidak pernah menganggap dia seorang yang popular sehingga perlu bersikap sombong atau meninggi diri dengan orang lain. "Saya pun tak fikir saya sendiri artis atau pempengaruh yang hebat, saya pun manusia biasa tidak sombong," ujarnya. Sebelum ini, seorang netizen mendakwa Maryam enggan melayaninya dengan baik dan sombong semasa bertemu di sebuah pusat beli belah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!