suria

Jauh di Australia, Nur Fatima tetap ubat rindu peminat... Bertapa di studio rakam lagu ‘Ku Cuba’

Lagu baharu bukti Nur Fatima tidak berdiam dalam industri seni.

KEMBALI mengubat rindu peminat penyanyi Nur Fatima tampil dengan lagu Ku Cuba selepas tiga tahun tidak menghasilkan karya baharu.

Biarpun lagu tersebut pada awal dicadangkan untuk penyanyi lain, namun Nur Fatima, 42, beruntung apabila keunikan tona suaranya dimiliki menarik perhatian penggubah lagu.

Fatima memberitahu dia mengambil masa agak lama untuk kembali dengan single baharu kerana mahu mencari genre sesuai untuk disajikan kepada peminat.

"Lagu ini pada awalnya telah dicadangkan untuk dua orang penyanyi dan sempat dinyanyikan oleh seorang penyanyi hebat sebelum saya.

nur fatima 3

Nur Fatima cabar kemampuan vokal dalam lagu Ku Cuba.

"Namun pihak pengurusan dan produser muzik sendiri berpendapat ia lebih sesuai dinyanyikan oleh saya kerana kelembutan tona suara dimiliki.

"Saya akui mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan single baharu kerana merasakan genre balada lebih sesuai dengan suara dan pembawakan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih akauntan sebagai calon isteri, Hasnol kahwin kali ketiga Disember depan

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno mengaku dah berpunya... Teman lelaki memahami, boleh terima jadual kerja padat

Kali terakhir Nur Fatima tampil dengan lagu baharu adalah pada tahun 2021 menerusi duet berjudul Galeri bersama Kayda.

Berkongsi pengalaman semasa sesi rakaman, Nur Fatima akui dia mengambil masa lama untuk menghayati setiap lirik dan susunan muzik.

"Selain maksud liriknya, lagu ini sangat mencabar dengan nada tinggi dan rendah. Mainan emosi juga sangat mendalam agar nyanyian sampai ke hati pendengar.

nur fatima 3

Nur Fatima sebelum ini pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-6.

"Lama saya bertapa di studio untuk menghayati lirik sehingga produser benar-benar puas hati. Terima kasih atas bimbingan yang telah diberikan kepada saya," ujar.

Lagu ini merupakan ciptaan komposer Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Shah Shamshiri.

Karya ini juga bukti Nur Fatima terus mahu menghiburkan peminat Malaysia meskipun kini dia menetap di Australia bersama suami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain