suria

“Mana common sense anda?” - Keluarga masih sedih pemergian Nidza Afham, Aufahanie terima banyak DM ajak promosi produk

Aufa masih bersedih atas pemergian abangnya.

PENYANYI Aufahanie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan tatkala dia sekeluarga masih bersedih selepas kehilangan abang tercinta iaitu Allahyarham Nidza Afham.

Bagi Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, mereka yang cuba menjalinkan kerjasama bagi tujuan mempromosikan produk ketika ini adalah sebagai tidak profesional.

"Saya baru kehilangan ahli keluarga saya, akaun saya dicari untuk perkembangan abang. Bukan saya viral sebab perkara lain.

aufa 888

Aufa kecewa ada pihak cuba ambil kesempatan.

"Mana common sense anda? DM (direct messege) saya untuk beri kempen kerana engagement saya sedang tinggi demi kepentingan jenama anda," katanya.

Aufa meluahkan perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar perbualan yang cuba menghubunginya bagi menawarkan peluang mempromosi produk.

Lebih teruk lagi kata Aufa pihak berkenaan cuba menghubunginya beberapa kali termasuk di platform media sosial berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga

"Ini tidak boleh diterima, sebab dari TikTok, hingga ke DM Instagram, dua ke tiga kali jenama ini DM saya untuk kolaborasi kempen. Seolah-olah memaksa.

"Saya perlu bersuara supaya anda faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku," ujarnya.

Bahkan menurutnya semakin banyak jenama produk berbeza cuba menghubungi untuk tujuan sama.

nidza 11

Kehilangan Nidza meninggalkan kesan buat keluarga dan teman rapat.

Aufa merupakan adik kepada Nidza yang disahkan meninggalkan dunia pada Rabu lalu selepas mayatnya ditemukan di Sungai Klang.

Allahyarham Nidza dilaporkan hilang sejak Selasa selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman.

Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira pukul 6.45 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain