SEJAK beberapa hari lalu, isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadinya mendapat perhatian warganet yang ingin mengetahui dalang di sebalik insiden tersebut. Ramai mula membuat pelbagai tekaan dan spekulasi berdasarkan beberapa petunjuk dan salah seorang artis wanita yang dipetik adalah Uqasha Senrose. Tampil menjawab tuduhan tersebut, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, bagaimanapun menafikan dia terlibat kejadian yang sedang kecoh diperkatakan. Uqasha kini lebih fokus menguruskan anak di rumah. Malah Uqasha menjelaskan dia secara peribadi tidak tergamak melakukan perbuatan sebegitu. "Debik PA? Biar betul? Saya di rumah dengan anak sahaja. "Ingat saya gangster sangat nak debik (pukul)," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Aktres popular bengang pergolakan rumah tangga didedah kepada ibu, pembantu peribadi dapat habuan penumbuk ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose sudah jarang lepak bersama kawan-kawan, baru sedar ‘struggle’ keluar berdua dengan anak Uqasha menjelaskan perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya berhubung isu tersebut. Wanita yang bekerja sebagai pembantu peradi itu mendakwa artis berkenaan menumbuk pada bahagia dahi selain mengacu senjata tajam ke arah adiknya. Nama Uqasha disebut-sebut sebagai artis yang memukul pembantu peribadi. Difahamkan ia berpunca apabila artis berkenaan bengang kisah rumah tangganya diketahui oleh ahli keluarga yang lain. Dikatakan isu ini juga berkaitan dengan laporan seorang pembantu peribadi yang ditahan reman kerana didakwa mencuri barang kemas milik artis popular. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!