LAPAN orang ahli keluarga Allahyarham Nidza Afham selesai memberi keterangan kepada pihak polis susulan kematian penyanyi itu pada Rabu lalu. Adik kepada Allahyarham yang juga penyanyi Aufahanie, 21, memaklumkan kesemua mereka memberi kerjasama baik bagi polis menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian Nidza. Bagaimanapun Aufa enggan mengulas lanjut mengenai keterangan yang dibuat bagi mengelakkan menganggu siasatan pihak berkuasa. Gambar kenangan Nidza (baju kelabu) bersama keluarga. "Kami tujuh beradik bersama seorang kakak ipar selesai memberi keterangan pada Jumaat dan Sabtu. Saya tidak boleh bercakap lanjut kerana kes ini masih lagi dalam siasatan. "Pihak polis juga ada memaklumkan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seperti kenyataan dikeluarkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Masih lagi bersedih atas kehilangan abang tersayang, kata Aufa mereka reda Nidza tidak lagi bersama mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga ARTIKEL BERKAITAN: “Mana common sense anda?” - Keluarga masih sedih pemergian Nidza Afham, Aufahanie terima banyak DM ajak promosi produk Dalam masa sama Aufa juga tidak menyangka arwah abangnya itu disenangi banyak pihak sehinggakan ramai yang berkongsi kisah manis berkaitan Nidza. "Seperti yang ibu saya pernah cakapkan, kami bersyukur abang kembali dalam keadaan sempurna. Syukur urusannya juga dipermudahkan. Tak sangka ramai yang sayangkan abang saya. "Kami perlu percaya atas apa yang berlaku untuk melepaskan abang pergi. Mungkin sekarang masih kuat sebab kami adik-beradik berkumpul sama. Syukur urusannya juga dipermudahkan. Tak sangka ramai yang sayangkan abang saya AUFAHANIE PENYANYI "Tak tahu lagi di masa akan datang ketika hari ulang tahun arwah atau ketika sambutan hari raya," ujarnya. Menyifatkan arwah sebagai seorang abang yang baik, Aufa juga memberitahu terlalu banyak kenangan dikongsi bersama memandangkan jarak usia tidak jauh antara mereka. Bukan hanya membesar bersama, malah kedua-dua mereka juga seiring mengejar impian untuk terus berjaya dalam bidang seni. Aufa dan Nidza sama-sama aktif dalam bidang seni. "Kami berdua selalu dipanggil untuk nyanyi duet jika menghadiri majlis kenduri. Lagu yang sering kami nyanyikan adalah Hal Hebat (Govinda dan Ernie Zakri). Sekarang sudah tiada pasangan duet saya," kongsinya. Allahyarham Nidza dilaporkan hilang sejak Selasa selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman sebelum jasadnya ditemukan di Sungai Klang pada keesokan harinya. Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira pukul 6.45 petang. Laporan polis menyebut kematian Nidza dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!