suria

Kematian Nidza Afham jadi bahan gurauan, keluarga kecewa sikap tak sensitif segelintir pihak

Irfa menegaskan pemergian adiknya bukan bahan gurauan.

KAKAK sulung Allahyarham Nidza Afham kecewa apabila ada pihak mempermainkan kematian penyanyi berkenaan pada Rabu lalu.

Bengang dengan sikap kurang sensitif tersebut, Irfahanie menegaskan nasib menimpa adiknya tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

"Awak rasa okay ke tanya pasal benda macam ini? Tak faham juga manusia rasa benda macam ini boleh gurau.

Copy of Untitled - 2024-08-19T111444.794

Irfa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Janganlah! Saya nak cakap banyak pun tak larat dan tak faham niat orang. Tapi saya minta tolong jangan buat," katanya.

Irfa mengulas perkara itu menerusi hantaran di InstaStory dengan memaparkan tangkap layar perbualan bersama seorang pelanggannya.

Pelanggan tersebut tanpa rasa bersalah bertanya sekiranya Irfa ada menjual minyak wangi jenama Nidza Afham.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ganggu siasatan polis, 8 ahli keluarga Nidza Afham selesai beri keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan

Dalam pada itu, Irfa turut menjelaskan perniagaan minyak wangi yang diusahakan selama ini merupakan punca rezeki buatnya.

Malah, Nidza juga pernah membantunya menguruskan perniagaan tersebut.

"Saya meniaga dari dulu bukan suka-suka, ini memang perniagaan saya cari rezeki untuk anak-anak dan keluarga.

"Dan Afham pun pernah berkerja dengan saya untuk beberapa bulan," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-08-19T111531.770

Irfa turut dibantu oleh allahyarham Nidza menguruskan perniagaannya.

Sebelum ini, kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga seorang penyanyi Aufahanie yang memohon bentuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program reality bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain