SELEPAS mengambil langkah berdiam diri, teman wanita Allahyarham Nidza Afham akhirnya bersuara buat pertama kali berhubung pemergian penyanyi berkenaan Rabu lalu. Reda atas kehilangan Nidza, Hazmiera Amrisya menyifatkan arwah seorang lelaki yang terbaik buat dirinya dan masih berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa. Kata Hazmiera atau mesra disapa Miera, walaupun dugaan menimpanya berat namun dia yakin masa akan mengubati hatinya selepas kehilangan insan tersayang. Hazmiera berkongsi luahan di InstaStory. "Saya tak tahu macam mana nak move on daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati. "Kesetian, kasih sayang, kebaikan dan usaha awak tak dapat saya cakap apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang," katanya. Miera menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Nidza Afham jadi bahan gurauan, keluarga kecewa sikap tak sensitif segelintir pihak ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ganggu siasatan polis, 8 ahli keluarga Nidza Afham selesai beri keterangan Dalam perkongsian sama dia juga terus mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan mengucapkan terima kasih kepada ibu Nidza iaitu Irni Yusmira Istihat kerana menerimanya sebagai menantu. "Saya hanya teman wanita yang cuba buat terbaik dan beri termampu untuk teman lelakinya. Saya yakin awak gembira di sana. Saya bahagia kalau awak bahagia. "Terima kasih Umi sebab menerima saya sebagai menantu," ujarnya. Ramai yang merindui selepas Nidza meninggal dunia. Untuk rekod, Miera merupakan individu yang berjaya mengesan lokasi terakhir menerusi telefon arwah sebelum dilaporkan hilang pada malam 13 Ogos lalu. Miera kemudiannya memaklumkan kehilangan Nidza kepada keluarganya sebelum berjaya menjejak telefon serta dompet milik arwah di sekitar jambatan Sungai Klang. Mayat Nidza ditemui di kawasan berkenaan pada sekitar pukul 7 malam hari Rabu. Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira pukul 6.45 petang. Laporan polis menyebut kematian Nidza dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!