suria

Sky Iskandar tak sorok status diri, dah sedia berdepan ‘godaan’ dunia seni

Sky faham dugaan dalam dunia seni.

PELAKON baharu Sky Iskandar sedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan godaan dunia seni apabila nekad menceburkan diri dalam bidang seni.

Bagi Sky atau Hadi Iskandar, 30, sejak awal lagi dia sedar akan risiko bergelar selebriti namun menganggap ia berbalik kepada niat dan dirinya sendiri.

"Saya tahu apa yang bakal dilalui apabila mula melangkah sebagai pelakon. Sejak awal saya sudah diberitahu apa bakal ditempuhi dalam dunia seni ini.

sky iskandar 3

Sky terbuka berkongsi kisah cinta dengan Nia.

"Saya hargai setiap sokongan diberikan dan harapnya semua orang tidaklah terlalu 'brutal' terhadap saya.

"Ini adalah jalan yang saya pilih. Saya suka berkarya dan ada jiwa dalam lakonan," katanya kepada mStar.

Sky bakal tampil dalam filem pertama lakonanannya berjudul Kahar: Kapla High Council yang bakal ditayangkan pada November nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah popular sejak kecil, Aedy Ashraf tetap kena buli... Kawan suka ‘pow’ duit

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut keluar gosip cinta, Amir Ahnaf kesian Angel kena menjawab... Sokong sejak awal Dolla muncul

Sedar dirinya mula menjadi perhatian, Sky juga tidak pernah berselindung berkongsi status hubungannya bersama pelakon Nia Atasha.

Dalam masa sama dia juga akur sekiranya selepas ini akan ada peminat dalam kalangan wanita yang cuba mendekati.

"Jika lihat media sosial pasti tahu status saya. Rasanya tidak perlu nak ulas lanjut.

sky iskandar 2

Sky bergandingan dengan Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf dalam filem Kahar: Kapla High Council.

"Saya pun tak tahu lagi bagaimana rasanya berdepan dengan ramai peminat wanita. Tunggulah bila ada pengalaman nanti saya akan kongsikan," ujarnya.

Pelakon ini juga memberitahu dia terbuka untuk mencuba pelbagai watak untuk memberi kelainan dalam setiap filem atau drama lakonannya.

"Saya terbuka untuk bereksperimen dalam lakonan selagi watak itu relevan dan mengikut syarak.

"Tetapi jangalah sampai keterlaluan sehingga melanggar garis panduan LPF (Lembaga Penapisan Filem)," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain