suria

Ketegasan Ungku Ismail ajar anak tiri mengaji dipuji peminat... Nad Zainal tengah dahaga pun takut nak pergi dapur

Usaha Ungku mengajar anak-anak mengaji mendapat pujian netizen.

GELAGAT pelakon Ungku Ismail Aziz mengajar anak tirinya mengaji dan membaca Iqra mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian isterinya iaitu pelakon Nad Zainal di Instagram, Ungku, 39, dilihat begitu tegas dan serius ketika sesi pembelajaran tersebut.

Berkongsi video momen itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 34, menyifatkan gaya dan ekspresi Ungku ketika mengajar anaknya itu seakan seorang guru besar di sekolah.

Ungku Ismail (kiri) tegas ketika mengajar anak-anak tirinya mengaji.

Ungku Ismail (kiri) tegas ketika mengajar anak-anak tirinya mengaji.

Bukan anak-anak sahaja yang takut, malah dia turut berasa kecut perut melihat ketegasan suaminya itu.

"Guru besar in action. Subjek matematik dah boleh lepas. Sekarang Iqra.

"Masa macam ni yang lain auto jadi pendiam, takut kami pula kena baca Iqra tu. Aku dahaga nak ke dapur pun takut tengok," katanya menerusi kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal dan Ungku Ismail timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong disapa peminat, Ungku Ismail anggap ramai gadai amalan Ramadan

Dalam nada berseloroh, Nad memberitahu dia sanggup mengalihkan perhatian suaminya dengan memesan kopi sekiranya anaknya memerlukan bantuan.

"Satu je nak cakap. Kalau agak-agak memerlukan bantuan, buat batuk tiga kali ok? Mummy orderkan kopi dekat abah supaya dia rehat," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Ungku Ismail yang dilihat tidak bersikap pilih kasih dalam mendidik anak-anak tirinya.

"Seronok dapat suami macam ini, dia yang jaga dan didik anak-anak walaupun bukan anak sendiri.

"Untung anak-anak Nad, dapat bapa tiri yang boleh mengajar," komen netizen.

Ungku dan Nad bernikah pada Januari tahun lalu.

Ungku dan Nad bernikah pada Januari tahun lalu.

Untuk rekod, Ungku Ismail dan Nad berkahwin pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober tahun lalu.

Sebelum ini Nad pernah mendirikan rumah tanggan dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8 dan Budi Kalsom, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain