suria

Selepas 5 tahun, FFM33 perkenalkan semula kategori Dokumentari Terbaik

FFM33 bakal berlangsung pada 7 Disember depan.

FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) edisi ke-33 bakal memperkenalkan semula kategori Dokumentari Terbaik yang kali terakhir dipertandingkan pada lima tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmi Saifuddin Mutalib berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk menghargai penghasilan pelbagai bentuk karya di Malaysia.

“Anugerah dokumentari terbaik akan dipertandingkan semula sebagai satu langkah kerajaan menghargai dan memartabatkan pelbagai genre dan bentuk karya dalam industri perfileman.

“Diharapkan usaha ini menggalakkan penggiat filem untuk meneroka dan memperkayakan lagi spektrum sinema Malaysia,” katanya.

ffm2 - 1

Anugerah Dokumentari Terbaik bakal dipertandingkan semula dalam FFM33.

Azmi berkata demikian ketika sidang media pertama FFM33 yang berlangsung di Bangunan Finas, Hulu Kelang, Selangor pada Selasa.

FFM33 bakal berlangsung pada 7 Disember depan dan edisi kali ini akan diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Angkaspuri.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu pihaknya berhasrat mengetengahkan hala tuju baharu untuk memacu industri perfileman tempatan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Jelasnya, tahun ini menyaksikan sebanyak 30 anugerah dipertandingkan dan pencalonan dibuka dari 20 Ogos sehingga 6 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Spilt Gravy' Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan 'Spilt Gravy' di FFM32 milik arwah Jit Murad, semangat Zahim Albakri membara buat filem baharu tahun depan

Dijangka lebih 100 karya yang diterbitkan bermula 1 Oktober 2022 sehingga 30 Jun lalu layak dipertandingkan dalam FFM tahun ini.

“Seiring tema emas, Finas turut memperkenalkan hala tuju baharu yang fokus kepada filem Malaysia berkualiti untuk eksport.

“Visi ini diharap mampu mebawah sinema Malaysia ke tahap yang lebih tinggi mampu menakluki pasaran tempatan dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Dari segi penyertaan, saya difahamkan lebih 100 buah filem telah diterbitkan dari 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun layak bertanding bagi festival kali ini.

“Ia merupakan lanjutan apabila FFM tidak dapat diadakan pada tahun lepas. Kami turut membuka pencolanan untuk 30 buah anugerah merangkumi pelbagai kategori.

Selain itu, Finas turut memperkenalkan insentif terbaharu iaitu pemotongan cukai sehingga RM5 juta kepada penaja yang berminat untuk menjayakan FFM kali ini.

ffm1 - 1

Finas memperkenalkan insentif terbaharu iaitu pemotongan cukai sehingga RM5 juta.

Selain hadiah trofi dan wang tunai, pemenang kategori Filem Terbaik bakal menerima dana sumbangan kreatif sebanyak RM500,000 sebagai tanda sokongan untuk pernerbitan filem.

Mengisi penganjuran kali ini, pelbagai program sisipan lain turut dirancang bagi memeriahkan sambutan dalam menghasilkan impak yang maksima kepada masyarakat tempatan.

Antara yang bakal dilaksanakan adalah bengkel latihan di semananjung, Sabah dan Sarawak serta program bersifat ekonomi dan pelaburan untuk menggalakan perkembangan industri filem negara.

FFM33 mengangkat tema Filem Evolusi Sinama Malaysia (emas) merupakan anjuran Finas dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan RTM sebagai penyiar rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain