TINDAKAN bekas isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai Cik Hanaa berkongsi foto throwback perkahwinan usahawan itu dengan penyanyi Adira Suhaimi menarik perhatian netizen di media sosial. Mengulas mengenai tindakan bekas isterinya itu, Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, berkata perkongsian Hanaa itu mungkin sekadar memenuhi permintaan netizen. Malah, dia tidak menolak sekiranya bekas isterinya itu turut menyimpan harapan agar dia dan Adira kembali bersatu. "Kadang-kadang netizen pun minta gambar-gambar lama, jadi mungkin dia memenuhi permintaan itulah. Perkongsian foto yang dimuat naik bekas isteri pertama (kanan) Datuk Red mencuri perhatian ramai. "Mungkin perkongsian dia untuk mengharapkan kami bersanding semula, apa salahnya!" katanya Ketika dihubungi mStar. Ditanya mengenai perkembangan pernikahannya dengan Adira, Adnan memberitahu dia tidak merancang untuk mengadakan majlis itu dalam masa terdekat. Malah, mereka tetap akan meneruskan niat untuk disatukan pada sekitar tahun hadapan. "Tapi perkongsian itu tiada maksud apa-apa pun, saya pun belum bersedia lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red gigih berniaga ‘live’, mahu cepat selesaikan hutang... Tepis godaan wanita DM ajak kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Hati Adira berbunga-bunga, terbuka beri peluang kedua selepas lihat kegigihan Datuk Red "Rancangan dan tarikh itu tetap sama, sebab saya pun banyak tugas yang menanti," jelasnya. Dalam pada itu, Adnan turut meluahkan rasa syukur apabila niatnya ingin disatukan semula dengan Adira mendapat sokongan bekas isteri iaitu Hanaa. Meskipun sudah lama berpisah, Adnan memberitahu dia tetap mengekalkan hubungan baik sehingga kini. "Saya bersyukur sebab bekas isteri pun menyokong hubungan kami, saya berterima kasih juga dengan dia. "Dia pun rapat dengan saya, jadi dia tahu apa yang terjadi. Dia pun banyak bagi semangat dekat saya masa saya susah dahulu. Datuk Red dan Adira merancang untuk bernikah semula pada tahun depan. "Biarpun bercerai tapi tak perlu untuk bermusuhan. Ikatan silaturahim itu tetap kena jaga," ujarnya. Untuk rekod, Adnan dan Hanaa bercerai sebelum dia mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafila Hasim pada 2005. Adnan kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!