TINDAKAN segelintir influencer lelaki mengenakan solekan menyerupai wanita dalam kandungan media sosial mereka bukanlah satu kesalahan jika ia memberikan manfaat kepada pengikutnya. Ucop atau Mohd Yusof Hashim, 31, bagaimanapun berkata mereka haruslah berpada-pada dalam menghasilkan content terutamanya perkara menyentuh sensitiviti masyarakat. “Terpulang kepada individu itu sendiri, kalau memang niat dia (influencer lelaki) nak jadi perempuan kita pun tahu apa akibatnya. Ucop nasihat influencer fikir dahulu sebelum muat naik content. “Terutama bila kita duduk di Malaysia yang ada budaya sendiri, tapi kalau bersolek untuk sekadar content tiada masalah pada saya. “Bagi saya semua orang berhak nak buat apa sahaja pengisian kandungan, selagi ia bermanfaat,” katanya kepada mStar. Ucop menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama bersiri Viu iaitu The Secret di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Dalam pada itu, Ucop berkata seseorang pempengaruh perlu memikirkan baik dan buruk sesuatu content sebelum memuat naik di platform media sosial mereka. ARTIKEL BERKAITAN: "Misi saya untuk hiburkan orang" - Ucop berangan buat persembahan di Anugerah MTV ARTIKEL BERKAITAN: #APO2016: Ucop Digelar Raja Dubsmash Kerana Video Parodi “Kena tengok balik content macam mana yang dia buat, kalau nampak seperti mengaitkan agama sepatutnya mereka kena fikir daripada awal sebelum terbitkan content tu. “Ianya supaya tak menimbulkan apa-apa spekulasi kepada umum,” ujarnya. Jelas Ucop lagi, pempengaruh zaman kini lebih berani untuk ekspresikan diri di media sosial. “Bagi saya pempengaruh sekarang semakin berani ekspresi diri mereka dalam sesuatu content,” jelasnya. Bagi saya pempengaruh sekarang semakin berani ekspresi diri mereka dalam sesuatu content. UCOP PELAKON Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai penampilan pempengaruh lelaki di TikTok Awards yang menggayakan solekan dan pakaian seakan-akan wanita. Oleh itu, rata-rata netizen mempersoalkan perkara tersebut kerana merasakan ia sesuatu yang tidak sihat untuk disaksikan masyarakat di Malaysia. Ucop tampil dalam drama bersiri terbitan Viu Original iaitu The Secret yang bakal menemui penonton pada 22 Ogos ini di platform penstriman Viu. Selain Ucop, antara pelakon lain membarisi drama berkenaan ialah, Siti Salehe, Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Nadiyaa Nisa, Fatimah Abu Bakar, Amir Nafis dan Lorenzo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!