SUDAH lama tidak bertemu sahabatnya iaitu Syamsul Yusof, pelakon Salina Saibi bagaimanapun memberitahu dia masih berkomunikasi dengan pengarah itu melalui kiriman mesej. Menerusi perbualan mereka pada minggu lalu, Salina, 42, Syamsul memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan. "Saya tidak ada berjumpa dengannya, saya hanya banyak berkomunikasi dengan dia di DM. Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. "Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul. Salina sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabatnya Syamsul. "Saya selalu pesan walau apa pun terjadi, carilah jalan yang terbaik," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Salina mengakui terkejut dan sedih mendengar berita kemelut rumah tangga membabitkan pengarah berkenaan. Persahabatan yang terjalin sejak 15 tahun lalu membuatkan aktres berkenaan terkesan dengan nasib yang menimpa rakannya itu dan mendoakan agar segala urusan Syamsul dipermudahkan. "Sebagai kawan lama, kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. Kami dah bersabahat lama sejak filem Bohsia lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof dan Ira Kazar tiada persefahaman... Peguam sahkan telah fail cerai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam kesal kenyataan isteri disalah tafsir, sedih dengar berita Syamsul dan Ira Kazar mahu bercerai "Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap agar urusan dia dipermudahkan. Mungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. "Jadi apabila berlaku perkara sebegini (penceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa," ujarnya. Pada Isnin, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mendedahkan pengarah berkenaan telah memfailkan cerai terhadap isterinya iaitu pelakon Ira Kazar. Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Salina pernah membintangi filem arahan Syamsul iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Kata Azmi, Syamsul membuat tindakan tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina. Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Sebelum itu, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhu Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!