suria

Teruk kena kecam ganti hos GV9, Danial Zaini tertekan sampai terfikir tamatkan hidup

Danial berkongsi pengalaman berdepan kecaman netizen.

GARA-GARA teruk menerima kecaman, pelawak dan pelakon Danial Zaini mendedahkan dia pernah terfikir melakukan tindakan di luar kawalan.

Kata Danial Mohamad Danial Mohd Zaini, 31, perkara tersebut berlaku selepas dia mengendalikan program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) secara mengejut menggantikan pengacara utama iaitu Nabil Ahmad.

"Saya dipanggil pada saat akhir. Program pukul 9 malam dan saya diberitahu pukul 4 petang.

danial zaini 3

Danial bersama Elly sebagai pengacara di minggu kedua GV9.

"Ketika balik dan berada dalam kereta, saya mula baca komen. Macam-macam saya kena. Masa itu saya rasa tekanan sampai tahap nak bunuh diri," katanya.

Danial berkongsi perkara tersebut dalam sesi temu bual bersama Sera Podcast yang disiarkan pada Selasa.

Bercerita lanjut, Danial memberitahu dia kelihatan tidak bersedia di atas pentas itu kerana tidak berkesempatan untuk mengadakan sesi raptai bersama rakan pengacara iaitu Elly Mazlien.

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini diminta ganti Nabil Ahmad saat akhir, mohon maaf rosakkan GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Pekakkan telinga setiap kali ditanya tentang zuriat, Danial Zaini berserah kepada Allah

Malah dia juga tidak menyangka menerima banyak kecaman meskipun hanya bersiaran untuk beberapa segmen pada malam berkenaan.

"Tiada rehearsal dan hanya taklimat dua muka surat sahaja. Saya tampil dalam tiga segmen dan kemudian direhatkan sebelum kembali semula untuk segmen penyingkiran.

"Saya tertanya-tanya apa yang membuatkan orang benci untuk program tiga jam itu. Orang menilai hanya pada 20 minit di televisyen," luahnya.

danial zaini 2

Danial akui kesilapan sendiri terima tawaran saat akhir.

Meskipun menerima kecaman hebat namun Danial tetap bersikap profesional dan tidak menyalahkan mana-mana pihak susulan kejadian itu.

Malah dia mengakui kesilapan sendiri kerana menerima tawaran mengendalikan program secara langsung di saat-saat akhir.

"Saya salahkan diri sendiri sebab ambil job dan tidak bersedia. Saya salah diri sendiri sebab tida cukup bagus untuk menghiburkan orang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain