KESIBUKAN kerjaya dan aktiviti harian yang padat menjadi punca pelakon Salina Saibi diserang vertigo sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sejak Sabtu lalu. Kata Salina, 42, pada mulanya dia menyedari ruam-ruam merah mula timbul di permukaan wajahnya sehinggalah kejadian diserang vertigo akibat tekanan. "Sebenarnya ia bermula dengan ruam-ruam yang banyak pada wajah. Saya jadi stres dan seterusnya mencetuskan serangan vertigo. Seminggu juga sebelum itu saya diserang pening kepala berpusing tetapi malas nak layan sakit itu. Salina dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu. "Sampailah pada malam Sabtu lepas, ruam saya naik teruk dan kepala saya pun berpusing. Saya tak tahan dan terus ke hospital seorang diri. "Saya dirawat di hospital selama empat hari dan mendapat rawatan fisioterapi juga," katanya kepada mStar. Salina bagaimanapun memaklumkan keadaan kesihatannya semakin stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: "Dia cakap jangan risau, dia okay!"... Salina Saibi tanya khabar Syamsul, katanya masih sayang keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Demi menjaga maruah, Salina Saibi tolak tawaran berkemban Dalam pada itu, Salina tidak menolak dia diserang penyakit ini kerana melakukan aktiviti lasak sewaktu berada di Taiwan pada Julai lalu. Menyedari usianya sudah semakin meningkat, aktres berkenaan akur tahap kesihatannya tidak lagi seperti dulu. "Saya sedar mula diserang vertigo ini selepas pulang bekerja dari Taiwan. Di sana saya ada daki gunung, panjat bukit dan melakukan aktiviti air. Saya juga banyak menguruskan perniagaan online. Memang setiap hari saya sibuk bekerja. SALINA SAIBI PELAKON "Semua aktiviti saya disana memang agar mencabar. Saya juga ada buat terjunan di air terjun setinggi tiga tingkat. Saya rasa daripada situ juga mungkin menyebabkan saya diserang penyakit ini. "Saya lupa yang saya ini sudah tua. Kalau dulu mungkin saya tak kisah melakukan aktiviti lasak tetapi kali ini mungkin kesihatan saya lebih terbatas," ujarnya. Kata Salina lagi, dia banyak menghabiskan masa untuk bekerja dan menjadi punca kesihatan terjejas. "Minggu lepas pun kononnya saya nak cipta rekod sendiri buat live selama 10 jam. Saya berniaga sambil menghiburkan peminat di TikTok. Salina banyak melakukan aktiviti lasak. "Tidak hanya itu, saya juga banyak menguruskan perniagaan online. Memang setiap hari saya sibuk bekerja. Belum lagi tugas saya sebagai seorang isteri dan ibu. "Ini pun mujur saya sedang berehat dari penggambaran drama hujung tahun ini, kalau tak memang jadual saya lagi padat," katanya. Untuk info, penyakit vertigo terjadi disebabkan keadaan yang menjejaskan bahagian dalam telinga atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!