suria

Suami bibik tahu isterinya ada kekasih, pernah mesej Zaquan Adha minta hati-hati... Rancang nak lari lepas dapat gaji

Ayu mendedahkan Zaquan (kanan) menerima mesej daripada suami pembantu rumah mereka.

PEMAIN bola sepak Zaquan Adha ada menerima mesej daripada suami pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Rabu.

Isteri Zaquan iaitu pelakon Ayu Raudhah, 39, berkata, lelaki berkenaan memberi amaran agar mereka berhati-hati dengan wanita tersebut yang sudah merancang untuk melarikan diri dengan kekasih gelapnya.

Bagaimanapun kata Ayu, malangnya mesej itu dihantar selepas wanita tersebut dan seorang lagi pembantu rumahnya melarikan diri dari kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.

"Lelaki berkenaan mesej Zaquan minta kami berhati-hati sebab dia dapat tahu isterinya mahu melarikan diri selepas mendapat gaji.

Ayu meminta orang ramai membantu mencari pembantu rumahnya yang melarikan diri.

Ayu meminta orang ramai membantu mencari pembantu rumahnya yang melarikan diri.

"Suami pembantu saya ini berada di Indonesia dan dakwa dia isterinya itu curang dan mahu lari bersama kekasih gelapnya.

"Tapi masalahnya dia hantar mesej itu selepas pembantu saya itu melarikan diri. Kalau kami tahu lebih awal mungkin saya sudah ambil telefon dia dan tahan dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Ayu sebelum ini mendedahkan dua pembantu rumahnya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai menjejaki mereka.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu kedua-dua pembantu rumahnya itu baru sahaja bekerja dengannya sekitar empat bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Belum masa Ayu Raudhah kembali berlakon, besarkan anak-anak lagi penting

Ayu bagaimanapun bersyukur kerana tiada barang peribadi milik keluarganya yang hilang namun tetap akan membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

"Dua pembantu rumah ini mula bekerja dengan kami sejak empat bulan lalu selepas orang gaji lama berhenti untuk berkahwin.

"Pihak agensi pada awalnya tidak mahu kami buat laporan polis sebab takut kalau mereka akan pulang ke rumah tapi suami tetap akan buat report," katanya.

Ketika kejadian kata Ayu, dia berada di rumah kakaknya yang juga pelakon Rozita Che Wan bagi menjalani proses berpantang anak keenamnya.

Lelaki berkenaan mesej Zaquan minta kami berhati-hati sebab dia dapat tahu isterinya mahu melarikan diri.

AYU RAUDHAH

PELAKON

Kehilangan kedua-dua pembantunya itu hanya disedari selepas Zaquan pulang mengambil anak-anak mereka dari sekolah.

"Zaquan sepatutnya muncul dalam sebuah program televisyen tapi terpaksa batalkan apabila berlaku kejadian sebegini.

"Saya pun terus bergegas pulang ke Seremban. Kelam kabut juga jadinya tapi syukur semuanya dalam keadaan baik," jelasnya.

Ayu reda menerima ujian sewaktu sedang berpantang anak keenam.

Ayu reda menerima ujian sewaktu sedang berpantang anak keenam.

Sementara itu, Ayu berkata dia tidak serik untuk mengambil pembantu rumah dan menganggap kejadian menimpanya sebagai ujian.

Apa yang berlaku kata Ayu adalah disebabkan sikap manusia dan tidak adil melabel golongan ini dengan panggilan tertentu hanya kerana segelintir membuat masalah.

"Sikap manusia itu berbeza-beza. Sebelum ini saya ada pembantu yang baik dan amanah.

"Sejak berkahwin dengan Zaquan, saya tak pernah tiada pembantu rumah. Sebelum dapat anak lagi Zaquan sudah ambil pembantu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain