suria

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama, netizen lega hubungan dah pulih minta jangan cerai

Fara dan Shuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.

KETIKA konflik rumah tangga menjadi bualan netizen, pelawak Shuk Sahar dan isteri iaitu Fara Salleh nampaknya kini sudah memilih jalan damai apabila kedua-duanya mengerjakan ibadah umrah bersama.

Menerusi perkongsian dimuat naik Fara di Instagram, dia meluahkan rasa syukur kerana dijemput menjadi tetamu Allah kali ini bersama suami tercinta.

"Alhamdulillah diizinkan Allah," tulisnya.

size NP 1 - 2024-08-23T093816.495

Fara berkongsi dua pasport miliknya dan Shuk sebelum pergi ke Tanah Suci.

Bersama kapsyen ringkas itu, dia turut brkongsi fotonya bersama Shuk di hadapan Masjid Nabawi.

Sebelum itu, Fara turut memuat naik foto pasport yang tertera nama Fara dan Shuk beserta kapsyen ‘healing’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan hubungan pasangan ini bertemu penyelesaian terbaik dan kekal menjadi suami isteri.

"Jangan pernah berhenti cuba yang terbaik, semoga perkahwinan Fara dan Shuk kekal. Asam garam mesti ada jatuh dan naik, itu roda kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Seumur hidup Shuk Sahar tak pernah cerita buruk tentang orang

"Isteri kena belajar bersabar dalam emosi, jaga air muka suami. Dah berumah tangga baik buruk semua kena simpan sendiri.

"Alhamdulillah semoga berkekalan dan tak mahu cerai-cerai ya," tulis netizen di ruangan komen.

Sejak minggu lalu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk menjadi bualan hangat di media sosial.

Fara menerusi Thread menulis luahan hatinya dengan berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

2855013

Netizen doa jodoh Shuk dan Fara berkekalan.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.

Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain