suria

[V] Anak-anak dah tanya tapi Tom belum bersedia pakai tudung... Rancang tunai umrah bersama suami tahun depan

PENYANYI Tom memberitahu dia belum bersedia untuk memakai tudung walaupun sudah diminta oleh suaminya iaitu Fuad Rahman dan anak-anak.

Mahu mengenakan hijab jika sudah benar-benar bersedia, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, bimbang jika dia tidak mampu istiqamah dengan penampilan baharunya itu kelak.

“Semenjak ada Fuad, anak-anak suruh saya pakai tudung kalau tidak berdosa.

size NP 1 - 2024-08-21T100540.134

Tom risau jadi bualan orang jika bertudung tetapi kemudian bukanya kembali.

“Fuad pun ada minta pakai tudung, tapi saya kata... lek lu lah.

“Sebab saya takut kalau saya pakai tapi nanti buka balik orang cakap buruk pula,” katanya kepada mstar.

Sementara itu, Tom berkata dia dan Fuad merancang mahu menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Tom meluahkan rasa takut untuk ke Tanah Suci kerana merasakan ilmu agama masih kurang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tom ada sebab jarang ‘update’ fasal anak tiri, teringin berjumpa bekas isteri Fuad

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman dituduh belum berubah, Tom pertahan suami lelaki baik dan bertanggungjawab

“Ikutkan tahun depan kami nak buat umrah, tapi takut nak ke sana sebab takut saya kena sumpah.

“Sebab Fuad ajak buat Umrah, tapi saya bimbang kadang-kadang ambil air sembahyang pun tak betul.

“Tapi dia tetap dorong saya dan insya-Allah, doakan saya ya,” ujarnya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Saya takut kalau saya pakai tapi nanti buka balik orang cakap buruk pula.

TOM

PENYANYI

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Anggun yang dilahirkan pada Febrari lalu.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

553 (11)

Tom dan Fuad rancang tunaikan umrah tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Tom dan Fuad antara penyanyi yang akan membuat persembahan di Konsert Telan Kaset 90an pada 12 dan 13 Oktober di Padang Timur, Petaling Jaya.

Antara artis lain yang turut terlibat pada konsert berkenaan ialah Zamani, Hasnol, Rahmad Mega, Aris Ariwatan Roy dan Amir Ukays’s.

Tidak ketinggalan, Shidi Data, Isa Gravity, Wan, Febians, Shades, A to Z, Kool, Dinamik, Kasawari dan Ady Wow.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain