SERASI bersama Alvin Chong, Siti Khadijah menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang rakan dalam industri. Selesa bersahabat, Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, menyifatkan sikap Alvin berbeza daripada pelakon lelaki lain yang pernah berkerjasama dengannya. "Saya dan Alvin hanya berkawan baik dan hubungan kami sangat profesional tetapi dia buktikan dekat saya yang masih ada lagi lelaki baik dalam industri. Siti selesa berkawan dengan Alvin kerana sikap positif pelakon itu. "Dia sorang yang menghormati wanita, disiplin dan komited," katanya kepada mStar. Siti berkata demikian susulan timbul dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Alvin selepas dilihat rajin memuat naik video TikTok bersama. Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia kurang bernasib baik kerana sering dipertemukan dengan pasangan hero yang suka mengambil kesempatan. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ditikam’ rakan industri, Alvin Chong terfikir tinggalkan dunia hiburan... Album solo penguat semangat teruskan karier ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Siti Khadijah meninggal dunia, ralat tak dapat luang masa bersama kerana kesibukan kerja Jelasnya, pengalaman itu yang membuatkan dia kurang selesa untuk mengekalkan hubungan rapat dengan mana-mana lelaki. "Saya susah nak jumpa pasangan hero yang serasi dengan saya sebab kebanyakkan mereka mahukan hubungan yang lebih dari urusan kerja. "Saya pula orangnya tak mahu hubungan yang serius. Sebab itu saya selesa berkawan dengan Alvin," jelasnya. dia buktikan dekat saya yang masih ada lagi lelaki baik dalam industri. SITI KHADIJAH PELAKON Sementara itu, Alvin pula memberitahu Siti merupakan antara teman rapatnya dalam industri. Kagum dengan personaliti Siti, Alvin menyifatkan pelakon itu sebagai seorang jujur dan ikhlas berkawan dengannya tanpa sebarang niat tertentu. "Siti seorang yang sangat jujur dan ikhlas, dia akan beritahu saya terus kalau saya ada salah cakap atau sebagainya. Alvin anggap Siti sebagai teman rapat dalam industri. "Contohnya kalau saya ada cakap kasar atau apa, Siti akan nasihatkan dan tegur saya supaya saya tak ulang lagi benda sama. "Dia memang baik dan tak buat-buat baik semata-mata untuk marketing drama atau apa," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!