suria

Marissa Dania dilaporkan bersalin pra-matang, bayi meninggal dunia

Marissa dilaporkan alami keguguran ketika bayi dalam kandungan berusia enam bulan,

PEMPENGARUH media sosial yang juga anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Apa lebih menyedihkan bayi pra matang yang dilahirkan Marissa, 19, tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Menerusi laporan Harian Metro, Marissa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

IMG_8331

Sebelum ini Aslam dan Marissa enggan ditemubual media.

"Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang," kata sumber.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Abby dan Norman mengenai berita tersebut tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak dibalas.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam dan Marissa bergegas tinggalkan majlis pelancaran produk, kunci mulut dakwaan bakal timang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada rasa ralat, Abby Abadi doa Marissa bahagia hidup berpoligami... Kongsi pekerjaan menantu sara 2 isteri

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak 'baby bump' ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

NP-158

Cubaan mStar dapatkan komen Norman atau Abby tidak berhasil.

Tindakan Marissa berkahwin turut mendapat kritikan memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Abby pada 16 Mac lalu turut mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain