SEPERTI kebanyakan wanita bergelar ibu yang lain, penyanyi Wany Hasrita juga pernah mengalami situasi burn out apabila terpaksa menjaga dan menguruskan anak seorang diri. Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 31, bagaimanapun berkata, walaupun berasa letih namun bersyukur masih diberikan kestabilan emosi daripada melakukan perkara tidak sepatutnya. "Keadaan terlalu letih atau burn out itu memang ada tapi sekatakat ini Alhamdulillah masih diberikan ketenangan minda walaupun letih macam mana pun. Wany akui jaga anak sendirian bukan perkara mudah. "Tidaklah sampai nak melepaskan marah dekat anak seperti cubit, pukul atau tampar anak. "Harap sampai bila-bilalah saya diberikan kestabilan emosi macam ini," katanya kepada mStar. Berkongsi cara mengawal perasaan, Wany memberitahu dia sentiasa meluahkan perasaan kepada suaminya iaitu Mohd Al-Adib Fahmi Harun. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berjauhan dengan suami, Wany Hasrita berserah jika rumah tangga diuji... Anggap semua hanya pinjaman Allah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak meragam bila terlebih kongsi mengenainya di media sosial, Wany Hasrita percaya penyakit ain wujud Kata Wany, apabila dapat berbual dengan suami, segala tekanan emosi dialami mampu membuatkan dia bertenang dan melupakan segala kepenatan dirasai. "Biasanya memang suami tempat saya luahkan segala-galanya. Kalau tak dapat cakap secara bersemuka, saya akan hantar mesej bagaikan peluru berpandu kepadanya. Wany dan suami masih lagi PJJ. "Mujur ada tempat nak mengadu... Wanita ini senang sahaja, burn out sekejap tapi selepas seminit dia akan okay. "Cuma beri sedikit masa, dapat mesej suami pun macam dapat 'me time'," kongsinya. Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengn Adib pada 22 Julai 2022 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aishah Al Iman yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!