KENYATAAN pelakon Abby Abadi yang memaklumkan tidak mengetahui kematian cucu sulungnya ketika dilahirkan menimbulkan tanda tanya ramai tentang hubungannya dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim. Disebabkan itu ramai membuat andaian hubungan Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, dan Marissa masih bermasalah walaupun sebelum ini dilihat sudah kembali jernih. Ramai membuat telahan Abby terasa hati dengan Marissa yang tidak memaklumkan dia bersalin pra matang dan membelakanginya sebagai seorang ibu terutamanya hal penting berkaitan dengan dirinya. Marissa meninggalkan komen di IG Abby. Malah Marissa turut meminta ibunya itu membalas mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp menerusi ruang komen hantaran terbaharu Abby di Instagram. "Tak nak reply WhatsApp saya ke mama?," tulisnya ringkas. Komen tersebut dibuat pada video Abby yang meluahkan tentang perasaan sebagai seorang ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Aslam sahkan bayi sulung bersama Marissa meninggal ketika dilahirkan, sudah maklum kepada Norman Hakim ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pra matang, masih belum ada khabar berita daripada Marissa Menerusi hantaran tersebut, Abby meluahkan tentang seorang wanita tidak perlu menjadi ibu sempurna sebaliknya berusaha menjadi ibu yang bahagia. "Tak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna, tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia. Kerana kita harus waras, waras untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal lainnya. "Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia," katanya. Aslam sebelum ini berkongsi khabar duka kehilangan anak sulung bersama Marissa. Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, ramai dalam kalangan netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap Abby susulan berita Marissa kehilangan anak sulung yang dilahirkan pra matang. Pada Sabtu menantu kepada Abby iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!