MELAKONKAN watak seorang legenda kisah silam, pelakon Ain Sufia tidak terlepas daripada rasa bimbang sekiranya dia terbawa-bawa karakter tersebut dalam kehidupan hariannya. Malah kata Ain atau Nurul Ain Othman, 37, juga memberitahu watak Dang Anum yang bakal digalas dalam sebauh pementasana teater nanti cukup besar buatnya. "Kita tahu watak ini wujud dan dia pernah hidup dahulu. Saya tak mahu pembawaaan watak ini akan makan diri semula. Ain berhati-hati dalam menjayakan setiap watak. "Dang Anum ada kisah dan penderitaan yang dia lalui. Saya tidak mahu kisah tersebut terjadi kepada saya. Apa lagi saya juga kini sudah menjadi seorang ibu," katanya. Ain ditemui ketika sidang media pementasan teater Dang Anum (The Untold Story) yang mana dia sendiri memegang watak utama dalam karja berkenaan. Bagi memastikan dirinya tidak terbeban atau terkena 'badi' ketika membawa watak tersebut, Ain sentiasa berpegang kepada amalan doa setiap kali sebelum memulakan latihan. ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus disangka ambil ‘barang’, Along Eyzendy kena makan ubat seumur hidup selepas jalani pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita kongsi pengalaman ‘burnout’ jaga anak, suami tempat luah perasaan - “Saya hantar mesej macam peluru berpandu” "Dalam perjalanan ke latihan saya akan sentiasa berdoa. Saya mohon dapat menjayakan watak ini dan semoga kisah itu dipisahkan daripada kehidupan peribadi saya. "Apabila pulang pun saya akan ambil masa duduk dalam kereta dalam tempoh 10 minit sebelum masuk ke dalam rumah. Saya ambil pengajaran untuk berjaga-jaga. "Kita selalu terdengar tentang cerita pelakon yang terbawa-watak karakter selepas selesai bekerja. Malah sebelum ini pun pernah terjadi kepada saya," ujarnya. Saya mohon dapat menjayakan watak ini dan semoga kisah itu dipisahkan daripada kehidupan peribadi saya AIN SUFIA PELAKON Ini merupakan kali kedua Ain diberi kepercayaan untuk membawa watak sama selepas ia dipentaskan tahun lalu. Biarpun begitu bagi Ain kali ini cabaran berbeza kerana digandingkan dengan pelakon baharu selain jalan cerita hidup Dang Anum yang sedikit berubah. "Watak kali ini ada sedikit penambahbaikan. Rasanya tahun lalu lagi sukar sebab dia seorang wanita yang tersakiti. Tahun ini separuh jalan cerita agak berbeza. Barisan pelakon teater Dang Anum (The Untold Story). "Saya juga bergandingan dengan pelakon baru. Rasa kekok apabila sesi latihan dia panggil 'akak' sedangkan kami berlakon sebagai suami isteri. Tetapi kami profesional untuk melakonkan babak mesra suami isteri," jelasnya. Teater arahan Amirul Haswendy ini bakal dipentaskan pada 27 hingga 29 September depan bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Selain Ain pelakon lain yang turut terlibat adalah Along Eyzendy, Adam Shahz, Affan Mohd dan Karl Dannish. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!