suria

Che Ta pantang orang sendawa masa makan, terus ‘sound’ kalau berlaku depan mata

Bagi Rozita, adab ketika makan membentuk keperibadian seseorang.

PELAKON Rozita Che Wan cukup pantang jika ada orang yang sendawa ketika sedang makan di atas meja kerana menganggap perkara itu sebagai biadab.

Rozita atau Rozita Abu Bakar, 51, berkata, jika perkara itu berlaku di depan matanya, dia akan terus menegur orang yang bertindak sedemikian.

“Saya ‘sound’ je terus, kalau dengar ada bunyi sendawa masa makan.

“Semuanya bermula pada rumah, kalau kelakuan di rumah pun tak jaga agak-agak di luar macam mana?

NP-170

Rozita ketika sesi sidang media Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka.

“Apa yang orang tengok perwatakan seseorang di luar, dekat rumah macamtulah perangainya,” katanya kepada mStar.

Rozita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka di SZ Blooms, Bangi, Selangor pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dia sering memesan kepada ahli keluarganya adab di meja makan sangat penting.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau jumpa saya pijak leher dia!” - Che Ta geram pembantu rumah adik lari, Zaquan tangkap bibik sedang tidur biar ibu memasak di dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tiada rahsia kecantikan, kawal berat badan melalui ukuran pakaian - “Saya pakai baju saiz 20 tahun lalu”

Malah, suaminya yang juga aktor Zain Saidin pernah ditegur Rozita untuk makan dengan tertib.

“Saya selalu pesan makan elok-elok dan saya sangat terperinci tentang bab tu.

“Memang ada protokol. Kalau orang tu makan berbunyi saya tak akan makan sekali.

“Zain pun saya suruh makan tutup mulut nanti berbunyi dan nampak tak beradab, sendawa pun kena perlahan-lahan,” jelasnya.

NP-169

Rozita penggemar koleksi portmeirion sejak 15 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Rozita yang hadir ke Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka berkongsi kepentingan hiasan meja bagi menaikkan selera seseorang.

Malah sebagai wanita, Rozita berkata dia sudah 15 tahun menjadi penggemar koleksi pinggan mangkuk berkenaan.

“Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna.

“Tambah pula, saya memang penggemar portmeirion sejak 15 tahun lalu, biasalah orang perempuan suka barang 'rare' di rumah,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain