USAHAWAN Mohamad Hanif Omar tampil menepis dakwaan dibuat oleh ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta. Menurut Hanif, 29, dia sama sekali tidak pernah menjanjikan pulangan sebanyak itu, malah syarikat WD Food Group sudah membayar sebanyak RM800,000 sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya. Malah, syarikat juga sudah berjanji untuk memulangkan kembali wang pelaburan asal sebanyak RM300,000 pada November depan. Hanif (tengah) hadir ke sesi mediasi di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin. "Sebenarnya tiada perjanjian membabitkan keuntungan RM3 juta di antara pihak saya (WD Food Group) dengan dia (Wak Doyok). "Tetapi kami sudah membayar keuntungan sebanyak RM800,000 kepadanya dan pada November ini kami akan kembalikan pula wang pelaburannya berjumlah RM300,000. "Saya tidak nampak di mana perjanjian berjumlah RM3 juta itu seperti yang didakwanya," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan perniagaan saman Wak Doyok kerana pecah amanah, tuduhan rugi RM3 juta kerana ditipu bersifat subjudis ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh makan sembarangan, Wak Doyok cerita kena santau - “Mungkin ada orang nak jatuhkan saya” Hanif memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin. Sebelum ini, Wak Doyok mendakwa dirinya menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan kongsi perniagaannya itu. Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia menyedari ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka. Wak Doyok sebelum ini mendakwa menjadi mangsa penipuan rakan kongsinya. Dalam masa sama, Hanif berkata kenyataan Wak Doyok itu telah menjejaskan operasi syarikat dan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan. Sementara itu, peguam mewakili Hanif iaitu Faiz Kamal Jaafar berkata anak guamnya ada memohon perintah injuksi terhadap Wak Doyok dan kes itu akan disebutkan pada 2 September depan. Jelas Faiz, proses mediasi terbantut berikutan Wak Doyok tidak memberikan kerjasama dengan memulakan kekecohan terlebih dahulu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube