suria

Dibuli awal kemunculan, Siti Khadijah pernah terfikir tinggalkan dunia seni... “Pelakon baharu selalu kena marah maki”

Siti kini berani bersuara sekiranya melihat orang lain dibuli.

PELAKON Siti Khadijah memberitahu pengalaman menjadi mangsa buli pada awal kemunculan dalam industri seni sedikit sebanyak mendewasakan dirinya sebagai pelakon.

Cerita Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, ketika itu dia pernah terfikir untuk berhenti daripada dunia hiburan akibat tidak tahan dengan layanan buruk yang diterima.

"Saya pernah lalui pengalaman yang tak seronok, pelakon baharu selalu kena marah serta maki dengan pihak produksi.

Copy of Untitled (38)

Siti mahu menghentikan budaya buli dalam industri.

"Sampai satu tahap ada rasa nak berhenti, awal-awal masuk industri saya benci betul jadi pelakon.

"Saya tak salahkan sepenuhnya kepada orang yang buli saya, mungkin ada salah saya juga. Tetapi tindakan mereka itu agak melampau," katanya kepada mStar.

Enggan menormalisasikan budaya tersebut, Siti tekad mahu mengubah pemikiran penggiat seni yang menganggap pendatang baharu sebagai tempat mereka melempiaskan kemarahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah senang dengan sikap Alvin Chong, artis lelaki paling hormat wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar dengan anjing, Siti Khadijah mahu sebar kesedaran penganiayaan terhadap haiwan

Malah, dia kini semakin berani untuk menyuarakan perkara itu secara terbuka agar tiada lagi pelakon junior yang menjadi mangsa.

"Saya akui semua itu normal tapi saya tak rasa ia patut dinormalisasikan. Nak nasihat boleh tapi jangan biadap, tak perlu malukan dia depan orang ramai.

"Saya tahu pengalaman itu tak menyeronokkan jadi saya sedaya upaya tak mahu pelakon baharu lain rasa pengalaman yang sama.

Saya akui semua itu normal tapi saya tak rasa ia patut dinormalisasikan.

SITI KHADIJAH

PELAKON

"Dan sekarang bila dah lama dalam industri. Kalau saya nampak benda begitu terjadi depan mata, saya akan pertahankan orang itu," jelasnya

Sementara itu, Siti berkata dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelakon baharu lain.

"Saya suka berkongsi banyak benda dengan pelakon baharu atau pelakon tambahan dalam drama yang saya lakonkan.

Copy of Untitled (37)

Siti tidak lokek kongsi ilmu dengan pendatang baharu.

"Misalnya, teknik lakonan atau tips untuk menangis sebab masa saya mula-mula masuk...tiada sesiapa pun yang beritahu saya.

"Saya sangat ambil berat tentang mereka, buli orang bukanlah cara yang betul. Secara peribadi saya tak suka tengok orang lain dipergunakan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain