suria

Hampir tiga dekad ceburi pelbagai bidang, bekas vokalis Saujana Dr Idzu kini bergelar Datuk

Idzu kini bergelar Datuk selepas mendapat penganugerahan daripada YDPN Melaka.

VOKALIS kumpulan nasyid Saujana yang juga merupakan usahawan iaitu Dr Idzu Baharin kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri (YDPN) Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.

Bersyukur atas kurniaan itu, Idzu atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin, 43, menyifatkan anugerah diterima itu berdasarkan jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan perubatan regeneratif.

"Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberikan saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

NP-173

Idzu kini bergelar datuk.

"Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan," katanya.

Idzu juga berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Istiadat penganugerahan itu berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN : Sebulan kahwin pipi makin tembam, Aaliyah Massaid tak bersenam hanya buat ‘sukan pengantin’

ARTIKEL BERKAITAN : Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi

Dalam pada itu, Idzu mengucapkan ucapan terima kasih kepada YDPN serta kerajaan negeri Melaka atas kepercayaan untuk membawa gelaran tersebut.

"Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini," ujarnya.

Untuk info, sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan industri seni, Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara.

NP-172

Idzu banyak memberi sumbangan dalam industri perubatan.

Antaranya, pengiktirafan Soonicorn oleh MOSTI (2024), pengiktirafan top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023), pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA.

Tidak terhenti disitu, Idzu pernah memberi sumbangan teknologi terkini 3D Bioprinters bernilai RM500,000 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganugerahan sebagai diplomat Malaysia pertama oleh American Board of Regenerative Medicine (ABRM).

Selain itu, Idzu mendapat pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain