suria

‘Dua Surga Dalam Cintaku’ angkat kisah poligami, beri pemahaman kepada penonton mengenai isu rumah tangga

Filem ini memarparkan kisah poligami yang sarat dengan pengajaran.

BUKAN sekadar filem romantis biasa, filem Dua Surga Dalam Cintaku mengetengahkan perspektif poligami daripada sudut berbeza kepada penonton Malaysia.

Menurut pengarah urusan AD Interact International (ADII Film) Hilmy Othman, filem ini sarat dengan pengisian Islamik yang mampu memberikan pengajaran.

"Filem ini memiliki tajuk yang sangat kuat dan bermakna. Dalam Islam, poligami dibenarkan dengan sebab-sebab tertentu.

Copy of Untitled (73)

Filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain.

"Filem ini mungkin akan memberikan perspektif yang berbeza mengenai isu poligami.

"Dan membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan ini," katanya.

Filem ini diadaptasi dari novel terkenal dan diarahkan oleh Kiki Nuriswan mengangkat kisah pengorbanan dan kemelut dalam perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah benar tentang poligami, ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ jentik rasa insaf

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ angkat kisah benar, cara penerbit berdakwah tentang poligami

Selain jalan cerita yang menyayat hati, dialog dalam filem ini turut mampu menjentik emosi penonton.

Justeru itu, Hilmy mengharapkan sokongan daripada masyarakat Malaysia sebagai perangsang buat pihaknya menghasilkan lebih banyak karya berkualiti.

"Hasrat kami adalah agar para peminat filem di Malaysia dapat menerima dan menghargai karya ini.

"Kami berkomitmen untuk terus membawa variasi yang berbeza kepada penonton di Malaysia.

Copy of Untitled (71)

Filem ini sarat dengan elemen islamik yang menyuntik rasa keinsafan.

"Selain itu, kami juga bercita-cita untuk menerbitkan filem pada masa akan datang.

Menjalankan pengambaran di Tanah Suci Makkah, filem ini dibintangi pelakon hebat termasuklah Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani dan Ivanka Suwandi.

Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa, Arham terperangkap dalam situasi cinta yang rumit dengan dua wanita.

Dua Surga Dalam Cintaku bakal bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain