suria

Setiap watak ada motif tersendiri, Viu Original The Secret buat penonton berteka-teki - “Ia sangat twisty”

Penonton berteka-teki siapakah punca kepada kematian Liya.

BARU dua episod ditayangkan, penonton nampaknya sudah mula berteka-teki siapakah yang menjadi punca Liya mengambil nyawanya sendiri menerusi drama Viu Original terbaharu berjudul The Secret.

The Secret bermula apabila Liya lakonan Ellyza Azizi iaitu seorang pelajar popular di sebuah universiti ditemui mati dan pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.

Johanna (Siti Saleha), merupakan pensyarah Liya yang satu-satunya individu mengesyaki ada sesuatu lebih buruk terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel pelajarnya itu.

Penyiasatan Nini dan Johanna membawa kepada kes Liya kepada tuduhan merogol.

Penyiasatan Nini dan Johanna membawa kepada kes Liya kepada tuduhan merogol.

Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini (Sara Mack Lubis), penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol.

Tetapi tanpa sebarang bahan bukti kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, namun begitu keadaan menjadi sukar apabila dia mendapati ada pihak lain yang cuba melakukan apa sahaja demi melenyapkan kebenaran.

Bagi pengarah drama The Secret iaitu Jason Chong, naskhah ini akan membuatkan penonton tidak senang duduk kerana setiap karakter mempunyai motif sendiri yang menjadi punca kematian Liya.

“Naskhah ini bergenre misteri jenayah, jadi kita mulakan dengan satu insiden dan kemudian kita kupas perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ramai ‘sangkut’ cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak persoalan belum terungkai, penonton tak senang duduk menanti pengakhiran ‘Bawah Payung Awan’

“Pada awal siri ini apa yang kami cuba capai adalah penampakkan semua karakter ada kemungkinan menjadi suspek dan motif tersendiri.

“Saya tidak boleh beritahu banyak kalau tak ia akan jadi spoiler, apa boleh saya kata ia sangat twisty sehingga membuatkan penonton perlu berfikir dengan andaian mereka sendiri,” katanya.

Kongsi Jason lagi, The Secret merupakan drama yang sangat relevan dengan isu semasa sekarang seperti bunuh diri, membunuh, buli siber, gangguan seksual dan banyak lagi.

Malah para pelakon memberikan mutu lakonan sangat baik sehingga mampu menyentuh hati penonton yang menonton drama berkenaan.

Jason akui jalan cerita The Secret sememangya twisty sehingga membuatkan penonton perlu berfikir.

Jason akui jalan cerita The Secret sememangya twisty sehingga membuatkan penonton perlu berfikir.

“Bagi saya The Secret sangat relevan dengan isu-isu semasa seperti bagaimana bunuh diri ni boleh berlaku di sekolah, universiti atau di mana sahaja.

“Malah isu kesihatan mental serta masalah kekeluargaan yang diketengahkan dalam siri ini relevan dan berkait di antara satu sama lain.

“Emosi dalam penceritaan ini juga seperti ‘roller coaster’ dan sangat menyayat hati hasil daripada lakonan pelakon-pelakon dalam drama ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti Saleha pula memberitahu karakter dilakonkannya itu sangat berat serta mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

Lakonan mantap Saleha (kanan) sebagai pensyarah memberi kesan positif kepada penonton.

Lakonan mantap Saleha (kanan) sebagai pensyarah memberi kesan positif kepada penonton.

Saleha, 34, berkata, dia berharap mesej yang mahu disampaikan dalam drama ini mampu memberi impak kepada masyarakat untuk berani bersuara jika berlakunya sebarang jenayah.

"Watak Johanna sangat berat, tapi bila saya bercakap dengan sepupu saya yang juga merupakan seorang profesor, jadi saya rasa serba sedikit ia membantu lakonan saya.

"Sangat sedih sebenarnya bila dengan isu semasa sekarang, sudah terlampau teruk tapi apa saya boleh kata buat mangsa yang dirogol, dibuli atau gangguan seksual bersuara dan jangan diam.

"Saya harap sangat drama ini mampu beri impak positif pada masyarakat,” katanya.

Ellyza akui terkesan dengan pembawakan watak Liya.

Ellyza akui terkesan dengan pembawakan watak Liya.

Sementara itu, Ellyza Azizi memberitahu dia tidak sangka watak Liya memberi kesan emosi dalam kehidupan sehariannya.

Malah Ellyza banyak menonton dokumentari dari kisah benar untuk selami bagaimana rasanya menjadi seorang mangsa bagi menjayakan karakter dilakonkan.

"Ya karakter ini memberi kesan emosi pada saya sehingga tak pernah terfikir akan berlaku dan bagi impak dalam kehidupan saya.

"Saya tengok banyak dokumentari berdasarkan kisah benar sebagai rujukan untuk menjayakan watak Liya," jelasnya.

Lakonan pelakon The Secret menerima pujian daripada penonton.

Lakonan pelakon The Secret menerima pujian daripada penonton.

The Secret merupakan karya Viu Original ke-27 yang diterbitkan di Malaysia dan merupakan idea asal Jasmine Zaidi.

Drama bersiri lapan episod itu turut diterbitkan oleh Revolution Media mula ditayangkan sejak 22 Ogos lalu.

The Secret turut membariskan pelakon seperti Datuk Remy Ishak, Ucop, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Amir Nafis, dan Lorenzo Irmann.

Berbaki enam lagi episod untuk mengetahui kebenaran sebenar, peminat kini boleh menonton episod terbaru kesemua episod drama The Secret setiap hari Khamis hanya di platform penstriman Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain