suria

[V] Sengketa 3 tahun Ajak dan Shahrol sudah berakhir, persahabatan kembali bertaut 

SELEPAS tiga tahun tidak bertegur sapa, penyampai radio Suria FM Ajak bersyukur selepas ikatan persahabatannya dengan pelawak Shahrol kembali pulih.

Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata, semua masalah yang timbul di antara mereka berjaya diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak ketiga.

"Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.

Copy of Untitled (79)

Ajak ditemui di Jelajah Suria Kuasa Dua.

"Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai," katanya kepada mStar.

Ajak berkongsi perkara itu ketika sidang media Jelajah Suria Kuasa dua yang diadakan pada pagi Rabu.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, Ajak memberitahu tindakan masing-masing menurunkan ego dapat meleraikan semua masalah yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan terus ‘bogelkan’ isu dengan Ajak, Shahrol Shiro kata dialah sahabat paling rapat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ajak buka kisah lama dedah sikap Shahrol... suruh tolak tawaran Era tapi dia ambil peluang itu

“Kita kena perlu turunkan ego sebab benda itu adalah wajar. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul,” ujarnya.

Terkenang hari pertama mendapat mesej daripada Shahrol, Ajak meluahkan dia berasa terkejut dan seronok serta tidak sabar bertemu rakannya itu.

Copy of Untitled (81)

Ajak dan Shahrul sudah lupakan sengketa lama.

“Semasa hari raya dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan.

“Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang,” ujarnya.

Untuk rekod, salah faham antara Ajak dan Shahrol sebelum ini menjadi bualan ramai selepas mereka saling berbalas kenyataan di sosial media sekitar tahun 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain