suria

“Apa saya buat sampai anda marah?” - Serba tak kena di mata netizen, Yuna minta ‘unfollow’ kalau benci

Yuna enggan mengabaikan kata-kata kecaman netizen.

PENYANYI Yuna tidak menyangka masih ada pihak yang tergamak meninggalkan komen berbaur jahat tentang penampilannya selepas 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 38, berkata, walaupun perkara dibangkitkan bukan isu baru namun dia tidak akan berdiam diri tentang apa diperkatakan tentang dirinya di media sosial.

Sebaliknya kata penyanyi lagu Crush ini, dia tetap akan tampil dengan pelbagai content di media sosial selain menasihatkan 'haters' agar berhenti mengikuti akaunnya.

Copy of Untitled (83)

Yuna menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Selepas 15 tahun dalam industri, saya terkejut masih ada tinggalkan komen jahat seperti ini.

"Ramai minta saya abaikan sahaja komen negatif tetapi saya rasa saya patut suarakan.

"Sila unfollow jika anda tak suka dengan diri saya yang sekarang sebab saya akan keluar dengan lebih banyak content selepas ini," katanya.

Yuna meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan mesej dan komen kecaman diterimanya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan rambut tapi topi berbulu... Yuna kini hanya kerjasama dengan pereka fesyen bersuara mengenai Palestin

ARTIKEL BERAKITAN: Tolak kerjasama jenama terkemuka, kawan sendiri anggap Yuna tak waras

Dalam pada itu, Yuna tertanya-tanya apa kesalahan telah dilakukan sehingga ramai marah dengannya sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadapnya.

Malah ada tergamak meminta dia menanggalkan tudung dan mempersoalkan setiap tindak tanduknya walaupun mereka saling tidak mengenali.

"Kalau tak tegur nanti mereka akan terus bercakap apa yang mereka mahu sesuka hati.

"Ada pula nak ajar saya apa patut dipakai atau tidak... Siap suruh saya tinggalkan hijab, sangat toksik!

Copy of Untitled (85)

Yuna kini selesa dengan penampilannya.

"Apa yang saya buat sampai anda marah? Padahal kita tak pernah jumpa pun," jelasnya.

Tidak terfikir kembali dengan imej lama, Yuna sebaliknya menegaskan dia selesa dan yakin dengan penampilannya sekarang.

"Ini diri saya sekarang. Hadaplah ya!

"Sila unfollow saya juga kalau anda rindu Yuna yang dulu walaupun anda tak kenal pun siapa saya dulu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain