SELEPAS selesai pembedahan membuang dua tonsil, anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah diduga lagi apabila kaki kanannya mengalami keretakan. Menurut isteri Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne memberitahu kaki Tiara, 6, tersandung pada batu sebelum terjatuh sehingga mengalami bengkak. "Salam semua doakan Tiara ya. Petang semalam dia main-main dekat tapak niaga, lepas itu hujan lebat dia lari nak ke booth tetapi tersadung batu lalu jatuh. Kaki kanan Tiara mengalami keretakan. "Ingat macam tak ada apa-apa, tapi makin lama makin bengkak dan dia kata sakit. "Itu yang bawa pergi X-ray terus, rupanya retak, banyak betul dugaan awak kakak (panggilan Tiara) bulan ni," katanya. Anne berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada petang Rabu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Tiara segera pulih dan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Achey semakin pulih, Tiara ‘bedal’ ayam goreng selepas pembedahan tonsil ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur Tiara berdengkur terlalu kuat, Achey ambil serius mahu bawa anak jumpa pakar "Cepat sembuh ya Tiara. Semoga dipermudahkan urusan anak Achey dan Anne. "Ya Allah kasihan Tiara, saya doakan Tiara dipermudahkan urusan dan sihat ceria seperti selalu. "Rupanya dia cakap sakit tu retak, memang sakit sangatlah. Semoga Tiara cepat sembuh," tulis netizen. Pada 6 Ogos lalu, Tiara selamat jalani pembedahan buang dua tonsil di sebuah hospital swasta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!