PENYANYI Rahmad Mega memuji tindakan artis-artis veteran yang bijak menggunakan kelebihan media sosial sebagai cara meraih pendapatan di media sosial. Rahmad atau Rahmad Tohak, 55, memandang perkara itu sebagai tindakan bijak daripada hanya menanti tawaran persembahan pentas atau berlakon yang tidak menentu. “Pada saya bagus (jana pendapatan di TikTok) sebab daripada mereka menunggu peluang kerja yang belum tentu ada. Rahmad puji artis vateran gunakan TikTok untuk raih pendapatan. "Macam majlis korporat sekarang pun selalu hanya panggil artis sedang trend sahaja. "Jadi bila ada ruang untuk mereka cari pendapatan di TikTok walaupun tak banyak itu perkara yang harus dipuji," katanya kepada mStar. Bagi dirinya sendiri, buat masa ini dia tidak bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan pendapatan kerana masih menerima undangan nyanyian. Bagaimanapun dia masih merasai hasil di TikTok sekitar RM200 ke RM300 sebulan. ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan realiti jatuhkan ‘standard’ artis lama, Rahmad Mega pula anggap ia strategi kekal relevan ARTIKEL BERKAITAN: Hebat anak-anak Rahmad Mega, semuanya belajar pandai... Syukur tak terjebak dunia media sosial "Saya tak jana pendapatan secara serius di TikTok tapi ada dapat juga dalam sebulan RM200 atau RM300. "Lagipun macam saya ada pendapatan lain kerana masih ada tawaran menyanyi. "Tapi kalau rakan-rakan artis lain serius sebenarnya mungkin boleh dapat sehingga RM10,000 sebulan," jelasnya. Rahmad masih menerima undangan nyanyian. Dalam perkembangan lain, Rahmad antara penyanyi yang akan membuat persembahan di Konsert Telan Kaset 90-an pada 12 dan 13 Oktober di Padang Timur, Petaling Jaya. Antara artis lain yang turut terlibat pada konsert berkenaan ialah Zamani, Hasnol, Fuad Rahman, Tom, Aris Ariwatan Roy dan Amir Ukays’s. Tidak ketinggalan, Shidi Data, Isa Gravity, Wan, Febians, Shades, A to Z, Kool, Dinamik, Kasawari dan Ady Wow. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!