suria

Selepas 17 tahun merantau, Mila Jirin akhirnya berjaya beli rumah di Pulau Pinang

Mila akhirnya miliki rumah sendiri di negeri kelahirannya.

IMPIAN penyanyi dan usahawan Mila Jirin memiliki sebuah rumah di negeri kelahirannya akhirnya terlaksana.

Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37, berkata, kejayaan itu sangat bererti buat dirinya kerana sudah 17 tahun menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah rumah di kampung halamannya.

"17 tahun saya tunggu, baru Allah kurniakan rezeki miliki rumah di Pulau Pinang.

size NP 1 - 2024-08-29T144107.457

Selepas 17 tahun, impian Mila milki rumah di Pulau Pinang tercapai.

"Selepas puas merantau di negeri orang, akhirnya saya dan suami ada rumah di negeri kelahiran saya," katanya.

Mila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Mila sempat berkongsi kisah seorang individu yang pernah memandang rendah terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi air garam juadah biasa Mila Jirin sekeluarga, menjala ikan tengah malam buat lauk - “Ujian buat saya cekal”

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin janji tak berhenti menyanyi, ada impian bertanding di pentas AJL

Tidak berkecil hati dengan perkara itu, Mila sebaliknya menjadikan ia sebagai pembakar semangat bagi membuktikan golongan kelas bawahan juga mampu berjaya dengan izin Allah SWT.

Malah bagi Mila, hanya dengan kejayaan sahaja mampu menutup mulut mereka yang bercakap buruk tentang status sosial seseorang.

"Dulu waktu saya kecil, ada seorang hamba Allah ini mengeluarkan kata-kata yang sangat pedih! Dia kata pintu rumah nak runtuh, susah buat cara susah!

size NP 1 - 2024-08-29T144033.237

Mila syukur dia dan suami kini miliki kediaman di Pulau Pinang.

"Kata-kata itu menjadi luka di hati tapi ditukar menjadi satu azam dan motivasi diri untuk saya buktikan rezeki dan kejayaan itu milik Allah.

"Saya sering ingatkan diri sendiri, anak kampung seperti saya boleh berjaya dengan izin Allah dan hanya kejayaan boleh tutup mulut jahat seseorang ,"jelasnya.

Untuk rekod, Mila berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada 11 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Bernama Arif Zikri yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain