PENYANYI Ella meluahkan rasa bangga apabila lagu nyanyiannya berjudul Standing In The Eye Of The World masih menjadi siulan masyarakat setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan. Kata Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, dia merasa bertuah kerana memiliki sebuah karya evergreen atau malar segar dan dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. "Setiap kali merdeka atau apa-apa program di peringkat kebangsaan, tentu lagu saya didengarkan. "Saya bangga sebagai anak Malaysia dan pada masa yang sama bersyukur kerana karya saya diangkat ke depan. "Saya juga rasa bertuah kerana lagu-lagu itu dimiliki oleh saya, lirik dan melodi dia pun memang sesuai dengan pelbagai situasi seperti kemerdekaan, kesukanan atau naikkan semangat," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ella dedah alami masalah pendengaran, Kini guna bantuan ‘hearing aid’ ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih untuk 35 tahun”... Ella padam foto IG, beri bayangan tinggalkan dunia seni Ella berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Usanita Fest yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Khamis. Untuk info, Standing In The Eye Of The World merupakan lagu tema semasa penganjuran sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Mengimbau kenangan saat merakamkan lagu tersebut, Ella mengakui karya ciptaan Wah Idris dan Habsah Hassan itu mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menyuntik semangat masyarakat. Kalau saya kenang semula pengalaman rakamkan lagu itu, saya teruja sebab lagu itu ada keistimewaan tersendiri ELLA PENYANYI "Kalau saya kenang semula pengalaman rakamkan lagu itu, saya teruja sebab lagu itu ada keistimewaan tersendiri bait melodi dan lirik. "Ia bukan dicipta untuk sukan Komanwel 1998 sahaja, tapi lagu itu sebenarnya adalah penyatu untuk semua kaum di Malaysia. Memang menunjukkan identiti Malaysia," kongsinya. Mempunyai perancangan menghasilkan karya seakan sama, Ella bagaimanapun mengakui dirinya sedikit selektif dalam memilih lagu yang diberikan kepadanya. Ini kerana dia mahu memastikan karya itu setanding malah lebih baik dengan lagu-lagu yang pernah dinyanyikannya sebelum ini. "Saya ada rancangan untuk hasilkan lagu seperti itu lagi, tapi saya nak pastikan yang lagu baru mesti setanding dengan yang sedia ada. "Antara sebab saya setuju untuk menyanyikan lagu seperti Standing In The Eye Of The World kerana saya boleh bayangkan yang lagu ini akan kekal evergreen sampai bila-bila," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ella tampil membuat persembahan di Usanita Fest Kita Merdeka yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Khamis. Ella mendendangkan beberapa seleksi lagu patriotik termasuk Standing In The Eye Of The World dan Gemilang bagi menghiburkan penonton yang hadir ke acara itu. Usanita Fest menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak yang sarar dengan aktiviti menyemarakkan jiwa merdeka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!