Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, Robin dan Paula dilihat begitu mesra ketika ditemui di Vancouver, Kanada pada Sabtu lalu bersama anak mereka, Julian.
Difahamkan, pasangan itu tampak mesra demi menjaga hati anak mereka dan enggan membuatkan Julian berasa sedih dengan perpisahan tersebut.
"Walaupun mereka menunjukkan kebahagiaan bersama, tetapi Paula tetap menjaga batas antara mereka.
"Robin tidak diizinkan masuk ke rumah Paula sehingga lelaki itu terpaksa menunggu hampir sejam di luar rumah," kata sumber.
Sehingga kini, Robin masih lagi melakukan pelbagai usaha supaya Paula sedia membatalkan penceraian tersebut.