Bagaimanapun portal Soompi melaporkan Soo Young belum bersedia untuk bercakap lanjut mengenai hubungan mereka itu kepada umum biarpun telah mengesahkan perkara tersebut.
Ini terbukti apabila dia enggan mengulas apabila ditanya oleh penyampai radio MBC FM4U, Park Kyung Lim ketika diwawancara bersama anggota lain baru-baru ini.
Park turut memberi amaran akan bertanya soalan yang sukar kepada mereka namun boleh memilih untuk tidak menjawab dengan menyanyikan lagu kegemaran mereka.
Bagaimanapun Soo Young enggan menjawab soalan lain yang diajukan kepadanya pada temubual itu.
Girls Generation kini sedang mempromosikan album keempat mereka yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.