MESKIPUN sudah berusia 49 tahun, namun penampilan Aamir Khan masih lagi dilihat seperti lelaki berusia awal 30-an. Menurut laporan OneIndia, Aamir berkata, dia mengamalkan penjagaan diri yang sihat dan pada masa sama bersyukur kerana mempunyai keluarga daripada genetik yang tioak mudah mendapat penyakit. "Saya harus akui bahawa faktor genetik adalah antara punca saya dilihat lebih muda daripada usia. Saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat," katanya. Tambah Aamir, dia akan merancang makanan yang harus dimakan setiap hari agar tidak terambil makanan-makanan yang tidak sihat. Dalam pada itu Aamir turut mengamalkan aktiviti bersukan setiap hari untuk kekal bertenaga.