BARU-BARU ini, Halle Berry dan suaminya, Olivier Martinez, dikatakan sudah tinggal berasingan. Menurut laporan Showbizspy, pasangan yang baru dikurniakan anak itu khabarnya sedang bertelingkah sejak berbulan-bulan lalu sehingga menyebabkan Olivier memutuskan untuk keluar dari rumah mereka di Beverly Hills. Salah satu sumber memberitahu, pertengkaran mereka berpunca daripada diet Halle yang berlebihan sehingga melupakan keluarga dan anak yang baru dilahirkan itu. "Olivier menganggap Halle terlalu fokus pada kerja dan menurunkan berat badan selepas proses kelahiran sehingga dia melupakan keluarga," kata sumber berkenaan. Pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2013 dan telah dikurniakan seorang anak Maceo Robert Martinez, yang kini berusia lima bulan. Halle turut mempunyai seorang lagi anak bernama Nahla Ariela Aubry, 6, hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Gabriel Aubry.