PELAWAK Russell Brand dan kekasih baharunya Jemima Khan dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini. Ia berikutan cincin berlian yang dipakai oleh wanita itu kelihatan seperti cincin pertunangan kerana sangat cantik dan klasik. Sumber memberitahu The Mirror wanita berusia 40 tahun itu juga kelihatan sangat bahagia ketika ini. Pelawak yang merupakan bekas suami penyanyi Katy Perry itu telah mendedahkan hubungan cinta mereka, namun belum membuat sebarang pengumuman terhadap khabar pertunangan tersebut.