suria

Pelakon Veteran Hollywood James Rebhorn Meninggal Dunia

James Rebhorn dalam siri televisyen 'Homeland'

PELAKON veteran Hollywood, James Rebhorn yang telah membintangi lebih 100 buah filem dengan sebahagian besarnya membawa watak sampingan telah meninggal dunia. 

Dia berusia 65 tahun. 

Rebhorn kali terakhir membintangi siri televisyen 'Homeland' dan sehingga sebulan yang lalu dia masih lagi berada di set pengambaran bekerja sepertimana biasa.

Dia memang diketahui mengidapi sakit kanser kulit tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda nazak meninggal dunia di kediamannya di New Jersey, demikian menurut jurucakapnya, Dianne Busch. 

kariernya menjangkaui lima dekad termasuklah membintangi filem-filem popular dan pecah panggung termasuk 'Meet The Parents', 'My Cousin Vinny', Carlito's Way', 'Basic Instinct', 'Talented Mr Ripley', 'The Game', 'Independence Day' dan 'Scent of a Women'.

Manakala siri televisyen yang pernah dibintanginya termasuklah 'Homeland' dan 'The Good Wife and 30 Rock'.

Sepanjang kariernya juga Rebhorn dikenali sebagai seorang yang sering mengambil watak yang memiliki autoriti misalnya dalam filem 'Scent of a Women; yang diterbitkan pada 1992, dia memegang watak guru besar yang enggan berkompromi dengan masalah disiplin sekolah dan dalam filem pecah panggung 'Independence Day' dia memegang watak sebagai setiausaha pertahanan Amerika yang terpaksa membuat keputusan yang sukar ketika Amerika diserang oleh makhluk asing. 

Rebhorn meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan. 

Artikel Lain