Menurut laporan Daily Mail, pengumuman itu dibuat pasangan itu menerusi satu kenyataan bersama pada Selasa dan memberitahu keputusan yang diambil adalah sukar buat mereka berdua.
Dalam kenyataan tersebut, Gwyneth, 41 dan Chris, 37, yang juga vokalis kumpulan Coldplay itu turut mengakui mengambil masa selama setahun untuk memperbaiki keadaan rumah tangga mereka namun gagal.
"Kami berusaha untuk menjayakan perkahwinan ini selama setahun sama ada secara bersama atau pun berasingan. Bagaimanapun kami mengambil keputusan untuk berpisah sementara cinta di antara kami masih utuh."Kami akan sentiasa mejadi sebuah keluarga dan hubungan kami bertambah rapat berbanding sebelum ini," kata kenyataan tersebut.
Pasangan itu dilaporkan bercuti ke Eleuthera di Bahamas bersama anak-anak mereka sebelum membuat pengumuman itu di laman web milik Gwyneth.
Gwyneth dan Chris berkahwin secara rahsia di Mexico pada Disember 2003.