PADA Jumaat lalu, Angelina telah melakukan kunjungan ke Bosnia melawat perkuburan mangsa korban perang wilayah tersebut. Menurut Reuters, kunjungan Angelina ke negara tersebut menarik perhatian ramai apabila dia tampil sopan dengan pemakaian serba hitam selain mengenakan selendang di kepala. "Penampilannya cukup memberi kesan kepada orang disekelilingnya kerana ia menunjukkan dia cukup menghormati masyarakat Islam," kata sumber. Bagaimanapun penampilan berselendang itu bukanlah pertama kali digayakan Angelina, sebaliknya dia akan berpakaian sopan apabila mengunjungi negara-negara Islam.