Portal Soompi melaporkan Min Ho berjaya menewaskan beberapa calon kegemaran lain seperti Joo Won (Good Doctor), So Ji Seop (Master's Sun), Jung Kyung Ho (Heartless City) dan Jo In Seong (That Winter, The Wind Blows).
Lebih membanggakan kemenangan Min Ho pada anugerah itu adalah buat kali kedua selepas menerima trofi sama pada tahun lalu.
Bagaimanapun Min Ho yang tidak dapat hadir ke acara berkenaan berasa terharu dengan sokongan peminat dan akan lebih berusaha keras demi peminat-peminat setianya.