PENYANYI Justin Timberlake mengakui tindakannya meninggalkan kumpulan yang memperkenalkan nama iaitu 'N Sync merupakan keputusan terbesar dalam dirinya. Katanya, ketika itu dia hanya mengikut naluri hati yang ingin meneruskan kemampuan sendiri. "Saya bangun setiap pagi dengan perasaan untuk keluar daripada kumpulan itu dan bergerak sendiri. "Saya mahu mencabar diri saya untuk pergi lagi jauh dengan kemampuan yang saya ada," ujarnya dalam satu temuramah program Oprah Winfrey. Justin yang ketika itu berusia 21 tahun mengakui menerima pelbagai pendapat sebelum tekad mengambil keputusan bergerak solo. "Itu adalah saat terbaik dan terburuk yang saya lakukan, saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan tersebut biarpun berasa sangat berat. "Tetapi ketika itu saya dapat rasakan muzik sudah berubah dan saya sendiri perlu berubah mencari jalan sendiri," katanya.