suria

Warga Iran Ditahan Rakam Klip Video Lagu 'Happy'

Sekumpulan warga Iran yang rakam klip video lagu 'Happy' secara suka-suka ditangkap.

SEKUMPULAN warga Iran yang ditahan ketika melakukan penggambaran video untuk lagu Happy nyanyian Pharrell Williams telah dibebaskan dengan jaminan.

Seperti dilapor Tehran Suggest, salah seorang daripada kumpulan tersebut telah memuat naik status di gambar Instagramnya berkata: "Hi, saya kembali".

Dia dan rakan-rakannya telah ditahan pada Selasa lalu oleh pihak berkuasa kerana melakukan penggambaran klip video lucah dan menganggu kententeraman awam.

Video tersebut menunjukkan tiga lelaki dan tiga wanita menari di sekitar bandar Tehran. Dalam pada itu, penyanyi lagu tersebut, Pharrell Williams turut membantah penangkapan tersebut.

"Ia adalah sangat menyedihkan kerana mereka mambuat video tersebut dnegan tujuan untuk menyebarkan kegembiraan semata-mata," tulisnya di Facebook.

Sementara itu pengguna laman sosial telah menggunakan hashtag #freehappyiranians untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Iran.

Happy, Tehran, Pharrell Williams

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain