POPULARITI dan bakat luar biasa aktres Korea Ha Ji Won ternyata memberinya peluang besar apabila dia dikhabarkan akan mengembangkan kariernya ke Hollywood. Menurut laporan Soompi, Ha Ji Won sudah pun bertemu dengan ketua pengarah 20th Century Fox, Jefrey Godsick, di Los Angeles pada Isnin lalu mengenai sebuah projek filem terbaharu. Pelakon itu masih lagi menjalani penggambaran filem Chronicle Of A Blood di Korea, tetapi selepas ia selesai, aktres itu akan kembali ke Hollywood untuk mendapatkan kontraknya. Bagaimanapun, pihak agensi Ha Ji Won iaitu Haewadal Entertainment enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu. "Memang benar kami telah bertemu dengan pihak 20th Century Fox, tetapi kami tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara itu," kata jurucakapnya.